PELAKON Nabila Huda, 33, memberitahu kebanyakkan pelakon baharu di Malaysia tidak dapat bertahan lama dalam industri kerana sering mengenakan bayaran yang mahal yang tidak sepadan dengan kualiti kerja mereka.
“Sekarang ramai pelakon baharu yang hanya mengejar populariti dan letak harga tinggi yang tidak sama dengan kualiti lakonan mereka.
“Kadang-kala saya ada juga menonton drama Melayu kerana anak saya peminat drama Melayu, tetapi saya tertekan melihat lakonan mereka,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Nabila, dia hanya mengenakan bayaran RM600 ketika baru menjejakkan kaki dalam industri sekitar 16 tahun lalu kerana ia dianggap bersesuaian dengan tahap lakonannya ketika itu.
Tambahnya, sehingga kini dia tidak terlalu berkira dengan bayaran yang ditawarkan oleh setiap produksi kerana percaya ia adalah mengikut bakat yang ada dalam dirinya.
“Masa saya menjadi pelakon untuk drama pertama, Blok 404, saya hanya menerima bayaran RM600 dan sudah termasuk promosi seluruh negara.
“Lama-kelamaan harga itu akan meningkat mengikut kualiti kerja kita. Bayaran adalah soal kedua. Insha Allah akan meningkat mengikut kualiti kerja kita,” jelas Nabila.
Walau bagaimanapun, Nabila berkata dia tetap akan berlakon jika diberi peluang unutk bekerjasama dengan belakon baharu dan akan sentiasa bersikap terbuka.
Moga teguran yang diberikan Nabila ini akan mendorong para artis muda bersikap lebih rasional dalam mengenakan bayaran untuk khidmat mereka. -Kedahnews.com