PALEMBANG - Kisah cinta Selamet Riyadi berusia 16 tahun dengan ibu angkatnya, Rohaya, nenek berusia 71 tahun hingga membawa kepada pernikahan mereka 'menggemparkan' bukan sahaja di Sumatera Selatan tetapi seluruh Indonesia.
Selamet mula mendekati dengan Rohaya sekitar enam bulan lalu selepas ibu bapanya bercerai.
Menurut cerita Kuswoyo, Ketua Rukun Tetangga (RT) Desa Karangendah, Ulu Kemering, selepas berpisah, ibu Selamet berkahwin lain.
Sejak itu, Selamet membawa diri dan tinggal bersama ibu angkatnya (Rohaya) kata Kuswoyo yang dipetikan daripada portal Detik.com.
Seperti ibu kandungnya, Rohaya sempat merawat Selamet yang dijangkiti demam malaria selama sebulan.
"Pastinya kita tidak tahu apa yang berlaku, tapi Selamet suka tinggal di sana (rumah Rohaya)," kata ketua RT itu lagi.
Selepas beberapa lama, Selamet menyuarakan hasrat hatinya untuk menikahi Rohaya yang usianya berbeza 55 tahun daripada usianya.
"Sebelum bulan puasa lalu, mereka sempat datang dua kali ke rumah saya untuk berunding mahu bernikah, tapi malangnya ia tidak direstui pihak keluarga perempuan," ujar Kuswoyo lagi.
Keluarga pihak perempuan tidak merestui pernikahan itu kerana perbezaan usia mereka yang ketara.
Bagaimanapun, cinta tidak mengenal batas, tekad Selamet dan Rohaya sudah bulat untuk hidup bersama sehingga akhir hayat.
Kata Kuswoyo, jika mereka tidak dibenarkan bernikah, Selamet dan Rohaya mengancam untuk mengakhiri hidup mereka dengan bunuh diri.
Oleh kerana 'ancaman' itu, Selamet dan Rohaya pun dinikahkan. Pihak pengangantin perempuan diwailikan oleh abangnya.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung sederhana di rumah Kuswoyo pada Ahad lepas dan ia diisaksikan masyarakat sekitar.
Selamet dan Rohaya pun mengucapkan janji sehidup semati selepas majlis ijab kabul itu. - Kedahnews.com.