Sajat Tayang Peha Gebu, Ramai Yang Tergoda?


SIAPA tak kenal dengan jutawan kosmetik Nur Sajat yang sememangnya cukup popular dalam kalangan pengikut laman Instagramnya.

Pelbagai aksi dan gelagat lucu yang sering ditunjukkan Sajat menjadi santapan mata dan telinga peminatnya yang tidak jemu-jemu menyokong perniagaannya terutama produk bengkung yang sememangnya sinonim dengan Sajat.

Baru-baru ini, nama Sajat kembali menjadi sensasi apabila menayangkan peha gebunya menerusi laman perkongsian gambar popular itu.

Kebanyakan netizen melahirkan perasaan teruja dengan peha putih melepak Sajat namun tidak kurang juga yang mengecam perkongsian foto seksi oleh personaliti media sosial ini.

Tidak berkudis dengan komen-komen yang mengkritiknya, Sajat kemudian memuat naik lagi sekeping gambar menunjukkan kelampaian kakinya yang serba putih dan gebu gebas.

Foto yang dikongsikannya itu kemudiannya menerima lebih 14,000 likes daripada peminat setianya. –Kedahnews.com
A post shared by Nur Sajat (@nursajat02) on