APA dah jadi ni? Hal rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle yang sebelum ini goyah terus menjadi tanda tanya apabila merka dikatakan tidak beraya bersama pada sambutan Aidilfitri minggu lalu.
Pasangan ini juga dilihat berbahagi tugas penjagaan dua cahaya mata sepanjang menyambut Aidilfitri.
Selain itu, posting Farid pada malam raya iaitu 24 Jun lalu dengan membuat ucapan kepada dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora turut menunjukkan dia dan Diana berada di lokasi berasingan.
"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin saya mohon daripada semua... terutama kepada Muhammad serta Nur Aurora. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu keriangan buat anakanda berdua.
"Babah di sini mendoakan semoga anakanda berdua sentiasa dilindungi Allah swt dan berada dalam keadaan sihat. I miss both of you Muhammad and Aurora," tulisnya.
Farid turut meletakkan lokasinya yang ketika itu berada di Kampung Malau, Kedah.
Sumber : Mstar Online