'Saya Masih Ada Agama & Kepercayaan' - Raja Ilya


"Saya masih ada agama dan kepercayaan tidak pernah berubah. Saya tertekan dengan kritikan netizen yang suka membuat tuduhan melulu," itu kata Raja Ilya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Aktres berusia 32 tahun ini berkata demikian sekaligus menyangkal dakwaan dia sanggup melakukan pembedahan kosmetik agar penampilannya kelihatan cukup sempurna dalam watak adiwira menerusi naskhah Hollywood pertama lakonannya.

Sebaliknya, apa yang akan dilakukannya sebagai persediaan untuk berlakon dalam filem Marvel itu hanyalah prosedur EMS (Electric Muscle Stimulation) untuk menghasilkan otot tubuh sesuai dengan watak yang akan dilakonkan.

"Saya tiada banyak masa untuk berlatih di gimnasium dan dengan cara itu saja dapat membina otot dengan cepat. Sekarang memang banyak rawatan tubuh disediakan di beberapa klinik," jelasnya.

Katanya lagi, pembedahan yang dimaksudkan adalah prosedur membuang ketulan atau ‘nodules’ yang dihadapinya sejak tahun lalu dan bukanlah pembedahan kosmetik.

Sumber: Malaysian Digest