KUANTAN - Polis Kuantan tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman kepada orang awam berhubung lelongan motosikal seperti disebarkan dalam media sosial, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, berita disebarkan itu palsu dan orang ramai tidak perlu mempercayainya.
Menurutnya, polis mengesan penyebaran maklumat palsu mengatakan lelongan motosikal akan diadakan di Balai Polis Kuantan pada 27 September ini bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang menerusi di laman sosial dan aplikasi, WhatApps.
“Ia adalah tak benar kerana pihak kita tak pernah mengeluarkan pemakluman sedemikian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau meminta orang ramai menyemak kesahihan sesuatu berita yang diterima, sebelum menyebarkannya.
Sumber: Sinar Harian