Sembunyi Syabu Dalam Seluar


MIRI - Polis menahan dua individu termasuk wanita berusia 24 tahun selepas menjumpai syabu dalam poket seluar mereka di sebuah kediaman di Jalan Tudan, jam 10.05 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, berkata syabu berkenaan disimpan dalam botol dan disorok dalam seluar ketika serbuan dilakukan polis.

Beliau berkata, selepas diperiksa polis mendapati empat paket lutsinar berisi ketulan disyaki dadah jenis syabu dirampas daripada suspek.

"Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek termasuk remaja lelaki berusia 17 tahun itu didapati positif dadah," katanya hari ini. 

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: BH Online