BEKAS suami Serina Redzuawan, Salahudin Ghafar diberikan hak jagaan kekal terhadap dua cahaya matanya hasil perkongsian hidup dengan selebriti tersebut.
Hak penjagaan itu diperoleh secara persetujuan bersama dengan Serina berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.
Memetik laporan sebuah akhbar, hak lawatan yang diperoleh Serina adalah pada setiap hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada Salahudin.
Salahudin diwakili peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Raihan Mustapha Kamal manakala Serina diwakili peguam Syarie, Syamimi Abdul Rahman.
Hasil perkahwinan, Serina dan Salahudin dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef serta Isabella Saffiya.
Dengan keputusan itu, hak penjagaan anak sudah pun selesai, namun kes sebutan penceraian mereka akan disebut semula pada 1 Ogos ini.
Serina berkahwin dengan Salahudin atau nama asalnya, Gavin Edward O’luanaigh pada 1 Januari 2010. –Kedahnews.com