Si Cantik Manis Raline Shah Bakal Gegarkan Polis Evo 2?


DUA tahun lalu, demam Polis Evo telah melanda ramai peminat filem tanah air apabila filem tersebut telah berjaya mengutip sebanyak RM17.47 juta sekali gus memegang rekod filem tempatan kedua paling laris di pasaran selepas Munafik.

Jika sebelum ini Nora Danish merupakan penyeri kepada filem tersebut, dengar-dengarnya utuk sequel filem ini, Polis Evo 2, ia bakal menampilkan pelakon Indonesia, Raline Shah sebagai heroinnya pula.

Raline merupakan bintang filem francais Syurga Yang Tak Dirindukan dan Syurga Yang Tak Dirindukan 2.


Beberapa hari lalu, Raline telah memuat naik insta storynya yang sedang melakukan aktiviti kecergasan di sebuah gimnasium di ibu kota.  Bukti lebih kuat lagi apabila Shaheizy Sam, hero filem itu juga turut ada sekali di dalam insta story tersebut.

Wowww, kalau betul Raline terlibat dalam pembikinan filem ini, nampaknya memang makin hebatlah penangan Polis Evo 2 nanti. Ditambah pula dengan pelakon hebat seperti Sam, Zizan Razak dan turut serta Erra Fazira.

Filem ini bakal memulakan pengambaran tidak lama lagi dibawah arahan Joel Soh yang menggantikan pengarah asal, Ghaz Abu Bakar.

Tak sabar rasanya nak tunggu lanjutan kisah Polis Evo ini. Agak-agaknya apa watak yang bakal dibawa oleh Raline ya? –Kedahnews.com