ALOR SETAR - Siapa lebih berkuasa antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah kedua mereka masing-masing dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Umum bagi gabungan Pakatan Harapan (PH).
Kalau dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr. Mahathir yang menjadi pengerusinya dilihat lebih ' berkuasa' menentukan halatuju parti itu berbanding Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Majlis Pakatan Harapan memberi penghormatan kepada pengerusi baru gabungan itu. Dr. Mahathir sebagai jurucakap untuk mengumumkan barisan kepimpinan PH selepas mesyuarat yang berlangsung lima jam di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di malam tadi.
PH yang diketuai oleh DAP (berdasarkan jumlah kerusi Parlimen yang dimiliki) bagaimanapun tidak melantik penasihat partinya, Lim Kit Siang dalam barisan kepimpinan gabungan pembangkang itu bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Pengerusi PH Dr. Mahathir memberitahu sedang akhbar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dilantik sebagai presiden bagi gabungan pakatan itu sementara Muhyiddin, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan Mohamad Sabu (Presiden PAN) masing-masing dilantik sebagai timbalan presiden.
Naib Presiden pula terdiri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden PPBM), Chong Chien Jen (Naib Pengerusi DAP) dan Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden PAN).
Dr. Mahathir menjelaskan, barisan struktur kepimpinan PH yang dilantik itu dan logo baharu gabungan pakatan akan diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam tempoh seminggu.
Pakatan Harapan nampaknya terpaksa ambil jalan keluar melantik tiga orang bos bagi mengelak sengketa yang berterusan selain untuk 'mempamerkan ia berpadu tenaga untuk menentang BN dan PAS dalam PRU14
Berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH, gabungan itu 'terpaksa' melantik orang yang masih berada dalam penjara yang sabit kesalahan meliwat sebagai Ketua Umum bagi 'mengimbangi' kuasa dan pengaruh Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir baru-baru ini menyatakan untuk memohon pengampunan bagi 'membebaskan' Anwar jika PH mengambil alih Putrajaya. -Kedahnews.com
.