NEW DEHLI - INDIA. Polis India menahan seorang lelaki berusia 60 tahun selepas menembak isterinya kerana wanita itu lewat menghidangkan makan malamnya, lapor BBC.
Polis Ghaziabad, Rupesh Singh berkata, Ashok Kumar pulang ke rumah dalam keadaan mabuk pada Sabtu dan bertengkar dengan isterinya.
Sunaina, 55, dibawa ke hospital dengan kesan tembakan di kepala dan disahkan meninggal dunia kemudian, menurut laporan.
Kumar mengaku bersalah dan menyesal dengan tindakannya itu.
"Lelaki itu (Kumar) sering mengambil minuman beralkohol. Pada Sabtu, dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan bertengkar dengan isterinya.
"Wanita itu sedih dengan tabiat suaminya dan mahu berbincang berkaitan isu itu, namun lelaki itu mahu isterinya menghidangkan makanan malamnya.
"Suspek yang berang kerana makanannya lambat dihidangkan bertindak menembak mangsa," katanya.
Keganasan rumah tangga adalah jenayah kekerasan yang paling dilaporkan terhadap wanita di India setiap tahun.
Pada tahun 2015, kejadian keganasan rumah tangga dilaporkan setiap empat minit di bawah definisi undang-undang kematian mas kahwin, gangguan terhadap jenayah berkaitan mas kahwin, kekejaman oleh suami atau saudara-mara dan keganasan rumah tangga.
Sumber: Sinar Harian