Terkejut Gajah Lalu Depan Rumah


KOTA TINGGI – Kehadiran beberapa ekor gajah liar yang me­rayau di halaman rumah para penduduk di Kampung Lukut dekat sini yang dikesan sejak beberapa bulan lalu membuatkan peng­huni di perkampungan itu tidak senang duduk.

Jarak Kampung Lukut de­ngan bandar Kota Tinggi kira-kira 11 kilometer.

Menurut salah seorang penduduk, Azman Husin, sudah beberapa kali haiwan liar tersebut menghampiri rumahnya antara pukul 9 hingga 12 tengah malam.

“Bukti kehadiran gajah tersebut turut dirakam oleh jiran saya. Pada bulan ini sahaja, sudah enam kali haiwan liar itu menghampiri beberapa kediaman penduduk kampung ini yang terletak di kaki banjaran Gunung Panti,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Azman berkata, para penduduk sudah pun memanjangkan isu berkenaan kepada­ pihak berkuasa tempatan dengan harapan tindakan sewajarnya dapat diambil segera.

Sumber: Metro