Terlalu Kejam, Kucing Ditemui Mati Terbakar


Kejam, jijik dan tidak berperikemanusiaan!  Apa lagi kata-kata yang sesuai untuk dilabelkan kepada mana-mana individu yang dengan sengaja menganiaya haiwan comel seperti kucing ini?

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seekor kucing berwarna jingga persis kartun Garfield dijumpai mati dengan kesan terbakar di sebelah badan kanannya yang dijumpai di sebuah pusat pengajian tinggi (IPT) di Putrajaya.

Posting pertama yang dimuat naik di laman Kelab Pencinta Kucing Malaysia itu telah mendapat perkongsian sebanyak 606 kali dan perbuatan itu dikutuk sehabisnya oleh netizen yang tidak dapat menerima keadaan kucing tersebut.

Mana tidaknya, hampir 40 peratus badan kucing ini dibakar.. Masih nampak lagi kesan hitam akibat terbakar itu.. Allahuakbar….


“Aku terkejut pagi ini, Sampai-sampai saja di tempat kerja, ternampak sekujur tubuh kaku tak bernyawa. Sedih dengan manusia zaman sekarang ini. Apalah salah kucing ini sampai tergamak membunuh dan membakarnya sehingga mati?

“Kejadian ini berlaku di sebuah pusat pengajian tinggi,” kata individu yang tidak didedahkan namanya.

Berdekatan bangkai kucing itu dijumpai puntung rokok yang mungkin sengaja ditinggalkan oleh si pembunuh atau hanya kebetulan? Bayangkan bagaimana keadaan kucing itu ketika badannya dibakar dengan kejamnya!

Adakah ketika itu dia sudah mati atau dibakar secata hidup-hidup? Namun jika diperhatikan, posture badan kucing itu seperti sengaja diletakkan begitu.

Berikut merupakan komen marah daripada netizen:


Perbuatan keji yang menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan kepada haiwan ini serta diketahui oleh pihak berkuasa, maka pelakunya bakal didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ingatlah bahawa kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.  Jangan la kalian sanggup menzalimi haiwan yang tidak berdosa ini. Bersikap zalim kepada manusia pun dah berdosa, inikan zalim pada haiwan. –Kedahnews.com