Timbalan Ketua Pengarah JPJ Didenda Memandu Di Lorong Kecemasan


PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob dijatuhi hukuman denda RM600 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memandu di lorong kecemasan.

Bagaimanapun Yusoff selaku Orang Kena Saman (OKS) tidak hadir ke mahkamah dan diwakili pegawai khasnya, Tengku Dahari.

Pengakuan bersalah itu direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab. Rahman.

Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani tambahan hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPJ Selangor, Muhd. Hafizuddin Mohd. Lutfi.

Sumber: Kosmo