HARI bahagia pelakon Ummi Nazeera nampaknya bakal berlangsung dalam masa terdekat ini apabila dia sudah mula mengedarkan kad majlisnya itu.
Perkara tersebut turut dimuat naik menerusi dalam Instagram miliknya beberapa hari lalu.
Kad undangan itu juga menjadi perhatian peminat yang memuji reka bentuknya yang eksklusif iaitu warna putih dan hitam, selain edisi berwarna emas serta corak bunga mawar dari rona sama.
Apa yang lebih unik, kad itu turut memaparkan gambarnya bersama bakal suami yang diambil ketika majlis pertunangan mereka pada tahun lalu.
Para peminat turut sama gembira dan mendoakan kebahagiaan Ummi dengan bakal suaminya, Dr. Mohd Izzar Anwari, selain berharap majlisnya berjalan dengan lancar.
Ummi dan Mohd Izzar bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 3 Ogos depan dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Manakala kenduri di sebelah pihak pengantin perempuan akan diadakan dua kali iaitu pada 5 Ogos dan 12 Ogos 2017.
Pada 11 Disember 2016, Ummi mengejutkan peminat apabila melangsungkan pertunangan dengan Dr. Mohd Izzar pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya.
Pasangan itu diperkenalkan ibu pemuda itu pada 29 Januari 2016 dan mengakui tertarik dengan jejaka berusia 30 tahun itu kerana dia berani menerima pelawaan untuk datang ke rumah dan bertemu ibunya, Datuk Seri Maziah Musa. –Kedahnews.com