Walaupun Dikutuk, Video Dr Vida 2 Juta Kali Ditonton


SEJAK lagu I Am Me dilancarkan seminggu lalu, ia terus mendapat perhatian ramai.

Terkini, lagu nyanyian Datuk Seri Vida itu sudah ditonton lebih dua juta pelayar.

Datuk Seri Vida menerusi Instagramnya berterima kasih dan menghargai sokongan terhadap lagu nyanyiannya itu.

“Terima kasih atas sokongan sayang-sayang.

“Siapa yang dok kutuk-kutuk fasal lagu ni, saya kirim salam Miewwww... Aummm..,” katanya.

Lagu tersebut kini terus trending biarpun sudah 11 hari dilancarkan.

Lagu I Am Me adalah ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim dan lirik ditulis sendiri Datuk Seri Vida.

Manakala video klipnya mendapat sentuhan Yusry Abdul Halim.

Tidak hanya itu, lagu I Am Me turut menjadi perhatian ramai apabila diparodikan dengan pelbagai gaya dan cara.  

Terdahulu, penyanyi Faizal Tahir memuat naik sekeping foto dengan kapsyen ‘tahniah Datuk Seri Vida, lagu anda telah berjaya di peringkat antarabangsa apabila berjaya menarik perhatian 'orang Arab'.

Menerusi satu perkongsian di Facebooknya, Faizal dipetik sebagai berkata, "nyanyian 'I Am Me' kini 'berkicau' di Timur Tengah,".

"Nah, di Timur Tengah, buat masa sekarang, Malaysia boleh," tulis Faizal.

Perkongsian Faizal itu turut disertakan emoji senyum gembira dan imej 'tepuk tangan'.

Sumber: Sinar Harian