Warga Emas Maut Kemalangan Kereta Bertembung Lori Di Jalan Ipoh-Teluk Intan


TAPAH - Tindakan seorang lelaki menukar laluan secara mengejut berakhir dengan tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Ipoh-Teluk Intan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.28 pagi itu, Tan Kong Seng, 69, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kenderaan jenis Nissan Sentra yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Som Sak a/l Din Keliaw berkata kemalangan tersebut berlaku apabila mangsa yang berasal dari Hutan Melintang dalam perjalanan ke Air Kuning dari arah Teluk Intan.

Dalam kejadian jam 11.28 pagi itu, Tan Kong Seng, 69, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kenderaan jenis Nissan Sentra yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori.

“Kejadian berlaku apabila kenderaan mangsa cuba untuk memotong kenderaan di hadapan namun berlanggar secara berhadapan dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Berikutan itu, mangsa tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Tapah,” kata Som Sak ketika dihubungi Astro AWANI.

Som Sak berkata mayat mangsa telah diserah ke Hospital Tapah bagi tujuan bedah siasat.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani