Zara Lega 'Ketumbuhan' Dikeluarkan


PELAKON Zara Zya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kelenjar air liurnya di sebuah pusat perubatan di Damansara, di sini, semalam.

Pengurus Zara iaitu Along Ailina ketika dihubungi berkata, Zara kini sedang berehat selepas menjalani pembedahan selama kira-kira tiga jam bagi membuang ketumbuhan bahagian kiri mukanya itu.

"Pada awalnya ketumbuhan itu kecil saja tetapi makin lama makin membesar. Doktor menasihatkan supaya Zara menjalani pembedahan segera kerana bimbang ia boleh merebak dan berpotensi untuk mendapat kanser, katanya.


Difahamkan, Zara mula mengalami masalah itu sejak tiga bulan lalu.

"Zara sebelum ini pernah mengadu sakit, tetapi dia biarkan saja. Namun selepas membuat pemeriksaan lanjut baru diberitahu dia mengalami ketumbuhan kelenjar air liur.

"Saya berharap semuanya okay saja. Saya juga meminta peminat mendoakan kesihatan Zara. Insya-Allah saya akan maklumkan perkembangan Zara dari semasa ke semasa," katanya.

Sumber : MyMetro