10 Fakta Penting Berkaitan Sejarah Malaysia Merdeka


ISTILAH “Merdeka” asalnya kata Sanskrit Maharddhika – bermaksud: “kekayaan, keagungan dan kekuasaan” Dalam konteks kontemporari, istilah ini melambangkan kedaulatan sesebuah negara.

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dibuat pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan Timbalannya Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956.

Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

Sempena menjelang Bulan Merdeka 2018, elok kita rujuk 10 fakta menarik mengenai merdeka.

Tahukah Anda?

1. Pilihanraya Persekutuan Pertama diadakan pada 27 Julai 1955. UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS dan Parti Buruh bertanding merebut 52 kerusi dipertandingkan.

2. Siti Rahmah rakyat pertama menyerahkan gelang emas (hadiah pernikahan dari ayahnya) kepada Tunku Abdul Rahman untuk biaya ke London dalam rangka menuntut kemerdekaan Malaysia dari Inggris. Dia kemudian dikenal sebagai “Tokoh Gelang Kemerdekaan”.

Mengimbau peristiwa ucapan Tunku Abdul Rahman pada Persidangan Umno di Dewan Hang Tuah Bandar Hilir, Melaka pada 1955.
“Saya ni nak pi London. UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit. Saya jual istana… ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, bagi Malaya merdeka”.
3. Perjalanan Tunku Abdul Rahman bersama rombongan kemerdekaan ke London menggunakan kapal. Kenapa?
a. Tempoh belayar digunakan untuk merangka dan menyusun segala hujah dan membidas segala pertanyaan dan kekeliruan yang akan diajukan pihak British. Selain memupuk semangat kebersamaan di kalangan delegasi merdeka.

b. Delegasi pulang menggunakan kapal terbang kerana mereka ingin menyegerakan berita gembira kepada rakyat tanah air.
Pada 1hb Januari 1956, Tunku dan rombongan bertolak ke Karachi, Pakistan dengan kapal laut MV Asia dari Singapura.

4. Tunku melaungkan Pengisytiharan “MERDEKA” sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat

5. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu yang dalam tulisan jawi dan Bahasa Inggeris.

6. Pada 21 Mac 1956, satu suruhanjaya bebas dikenali sebagai Suruhanjaya Reid dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

7. Rombongan Tunku sampai di London pada 14hb Januari 1956. Mereka kemudiannya berunding dengan perwakilan British, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan dan Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu. Rundingan bermula 16 Januari hingga 6 Februari 1956.

8. Draf Perlembagaan dibincangkan di London pada 10 Mei 1957. Antaranya, Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan

9. Bendera Union Jack diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai menandakan berakhirnya pentadbiran Britih di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku.

10. Runding Baling diadakan pada 28 hingga 29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menyelesaikan isu pemberontakan komunis. - Kedahnews.com