21 Geng 04 Didakwa Di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang


GEORGE TOWN - Seramai 21 Geng 04 Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terangcang sejak dua tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 17 hingga 57 tahun itu mengangguk faham pertuduhan yabg dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 04 Pulau Pinang antara 1 Januari 2015 hingga 29 Julai 2017.

Norsalha kemudiannya menetapkan tarikh 14 September ini sebagai sebutan semula kes. 

Sumber: Kosmo Online