28 Kenderaan Hangus Terbakar Di Sebuah Hotel Di Georgetown


DUA puluh enam motosikal dan dua kereta hangus dalam kebakaran di kawasan parkir sebuah hotel di Jalan Siam, Georgetown, hari ini.

Kebakaran berlaku 4.30 pagi dan setakat ini punca kejadian serta jumlah kerugian masih belum diketahui.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan 4.35 pagi dan tiba di lokasi 14 minit kemudian.

Menurutnya, seramai 21 anggota termasuk penyelia terbabit dalam operasi pemadaman dan api berjaya dikawal sepenuhnya 6.06 pagi.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan setakat ini punca kebakaran masih disiasat," katanya.

Sumber: MyMetro