4 September Juga Cuti Umum Bagi Sarawak


KUCHING - Isnin, 4 Sept juga merupakan cuti umum di Sarawak, demikian diumumkan Pejabat Ketua Menteri hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan cuti umum bagi negara sebaik sahaja selepas tengah malam pada sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur bagi menyambut Hari Kebangsaan 2017.

Beliau berkata cuti berkenaan adalah sebagai pengiktirafan atas prestasi cemerlang atlet Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang baru sahaja berakhir, dan atas sokongan tidak berbelah bahagi rakyat berbilang kaum untuk para atlet.

Malaysia dinobatkan juara keseluruhan KL2017 dengan meraih 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.- BERNAMA