ALOR SETAR -Sinar Harian dengan kerjasama Cinta Sayang Resort menyediakan sebanyak 5,000 tiket secara percuma ke taman tema The Carnivall Waterpark, Sungai Petani.
Bagi mendapatkan tiket percuma tersebut, mereka perlu mengumpul lima token mengikut siri berserta keratan logo muka hadapan Sinar Harian.
Kemudian, pembaca perlu melengkapkan segala butiran peribadi dan dibawa bersama keratan token ke lokasi yang dinyatakan bagi menebus tiket percuma tersebut.
Baucar boleh ditebus di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani pada 28 dan 29 Ogos ini, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.
Selain itu, baucer tersebut juga boleh ditebus di Pejabat Sinar Harian, Ultimate Print Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Prai 4, Pulau Pinang pada 30 Ogos hingga 30 September, bermula jam 10 pagi hingga 3 petang, kecuali cuti am.
Dapatkan Sinar Harian mulai 22 hingga 26 Ogos ini untuk maklumat lanjut.
Penebusan baucar adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan sementara stok masih ada.
Satu set token (1-5) untuk satu tiket sahaja.
Setelah tiket berjaya ditebus, pembaca Sinar Harian boleh menggunakannya di The Carnivall Waterpark, Sungai Petani, Kedah pada 1 hingga 30 September depan.
Untuk keterangan lanjut hubungi talian khidmat pelanggan Cinta Sayang Resort 04-4414666 atau emel kepada info@cintasayangresort.com.
Sebarang pertanyaan juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Sinar Harian 03-51017388 atau emel kepada marketing@sinarharian.com.my. - Kedahnews.com
