SEMESTINYA kita sebagai warga serta peminat bola sepak tanah air berbangga apabila skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee (OKS) berjaya melangkah ke pentas akhir saingan sukan SEA 2017 untuk merebut pingat emas dalam acara bola sepak.
Tetapi kita harus sedar bahawa skuad Malaysia masih banyak kepincangan dan ia dibuktikan dalam perlawanan menentang pasukan Indonesia malam tadi.
Walaupun kita berjaya menewaskan pasukan negara jiran itu tetapi hakikatnya mereka bermain lebih baik berbanding skuad negara.
Separuh Masa Pertama Dikuasai Sepenuhnya Oleh Indonesia
Jika melihat perlawanan ini dari sudut mahukan 'gol' semata-mata, kelihatan skuad negara memberikan tentangan yang amat baik tetapi jika anda melihat dari sudut taktikal permainan, ternyata banyak lagi yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan akhir menentang Thailand.
Gambarajah di bawah menunjukkan kepincangan skuad bimbingan OKS yang sepatutnya tidak berlaku kerana Malaysia telah melangkah sehingga ke peringkat sejauh ini.
Ianya adalah biasa kerana sememangnya ini merupakan taktikal yang digunapakai skuad OKS dalam temasya kali ini.
Malaysia bermain dalam pace permainan yang tinggi dan beroperasi menggunakan sistem bek bertiga (ianya telah dinyatakan dalam artikel sebelum ini).
Skuad OKS menggariskan garisan bertahan tinggi (Defensive Highline) untuk memerangkap pemain lawan dalam keadaan offside.
Tetapi harus diingat bahawa Indonesia mempunyai pemain-pemain yang memiliki first touch serta footwork yang lebih baik berbanding pemain-pemain pasukan Malaysia.
Tidak berniat untuk memperkecilkan kemampuan anak-anak muda Malaysia tetapi anda sendiri dapat melihat bagaimana Indonesia mendominasi permainan ini.
Kita berbicara dari segi fakta, pertemuan menentang Laos tempohari mencatatkan 508 total passes, 435 successfull passes dan hanya mencatatkan 73 unsuccessfull passes dan kita memiliki 60% dalam penguasaan bola.
Dalam perlawanan ini Malaysia hanya mencatatkan 266 total passes, 70 unsuccessfull passes dan kita hanya mampu mencatatkan 196 successfull passes.
Ianya sesuatu yang membimbangkan kerana Thailand merupakan sebuah pasukan yang mengamalkan Free Flowing Football dengan kondisi yang sangat baik.
Indonesia bertahan dengan melengahkan gerakan pasukan malaysia dalam fasa diserang balas dalam keadaan pasukan meraka berada dalam situasi "numerical disadvantage".
Gambarajah ini sama seperti gambarajah di atas yang merujuk kepada kepincangan barisan hadapan pasukan Malaysia.
Selain itu Indonesia sangat tersusun dalam disiplin bertahan. Mereka bertahan dalam satu unit secara kompak.
Strategi ini adalah untuk memastikan Skuad OKS tidak mempunyai akses untuk menceroboh Zone 14 jadi mereka menolak pemain-pemain Malaysia untuk bermain di "wide area" kerana Zone 14 merupakan Zone yang paling berpotensi tinggi dalam penghasilan gol. (rujuk gambarajah di bawah)
Pada hakikatnya dalam perlawanan ini, Malaysia hanya mengharapkan set pieces untuk menghasilkan jaringan dan gol dari Thanabalan sememangnya terhasil dari set pieces.
Kesimpulan
Sebagai rakyat Malaysia, sememangnya kita berbangga apabila pasukan kita melangkah sejauh ini tetapi kepada mereka-mereka yang mahu berfikir, sememangnya skuad ini belum menepati krateria sebagai sebuah pasukan elit.
Jika anda memerhati dari sudut taktikal, lineup serta gameplay ketika menentang pasukan Laos tempohari merupakan DNA sebenar dan seharusnya diterapkan dalam skuad Harimau Malaya.
Skuad dalam perlawanan itu memainkan Free Flowing Football dengan sangat baik dan penuh berkeyakinan dalam pace permainan yang sederhana tetapi penuh dengan keyakinan.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana ada telah dibuai dengan kata-kata pengulas bola sepak tanahair yang sering mendendangkan "biarlah bagaimana pun, gol tetap gol".
Anda harus fikirkan masa depan bola sepak malaysia, "Bola Sepak Itu Adalah Seni".
Sumber: Mstar Online