Anggota Bomba Bantu Bawa Turun Jenazah Lelaki Obesiti


KHIDMAT anggota bomba digunakan bagi membantu mengangkat jenazah lelaki obesiti di rumahnya di Bandar Bukit Mahkota Bangi, semalam.

Jurucakap bomba berkata, bomba menerima panggilan kecemasan untuk membantu mengangkat mangsa ke ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut pada jam 2.12 petang.

Bagaimanapun, menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati, lelaki berusia 42 tahun itu sedang nazak dan diberi bantuan penafasan oleh penolong pegawai perubatan Kilinik Kesihatan Bandar Seri Putra.

"Dua anggota Unit Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan (EMRS) kemudian membantu memberi bantuan pernafasan.

"Namun, lelaki itu disahkan meninggal dunia," katanya.

Katanya, bomba membantu membawa jenazah mangsa turun ke tingkat satu rumah dua tingkat itu.

"Seramai lapan anggota terbabit dalam operasi ini termasuk dua unit EMRS," katanya.

Sumber: MyMetro