KUALA LUMPUR - Penyanyi popular, Ayda Jebat mengaku kesibukan memenuhi tuntutan kerjaya membataskan dirinya untuk membeli-belah di pasar raya atau butik.
Sehubungan itu, penyanyi Nakal Nakal Nakal ini memilih kaedah beli-belah dalam talian untuk memiliki pelbagai barang seperti pakaian, aksesori dan tas tangan, malah kereta.
"Saya memilih kaedah online kerana memudahkan saya menjimatkan masa. Saya boleh beli barang yang dimahukan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian.
"Apabila ada masa terluang, saya layari laman jualan yang tersedia.
"Bagi saya, kita perlu bijak memilih laman atau portal jualan dalam talian yang boleh dipercayai dan berdaftar sebelum membuat sebarang transaksi," katanya kepada BH Online.
Bercerita mengenai kereta jenama antarabangsa yang dibeli kira-kira tiga bulan lalu, Ayda memberitahu, harga ditawarkan sangat berpatutan dan kenderaan itu dalam keadaan baik.
"Sebelum membuat keputusan, saya bertanya kepada beberapa rakan yang mahir mengenai kereta.
"Walaupun semua maklumat sudah tertera di portal jualan, saya tetap bertanya kepada mereka yang lebih arif," katanya,
Tidak hairanlah, pengalaman itu membuatkan Ayda yang sedang hangat dengan single berjudul Mata, bersetuju menjadi jurucakap portal jualan mudah.my di bawah segmen Mudah Property.
Bersempena dengan perlantikan itu, sebuah lagu berjudul Eazy Peazy menampilkan Aman Ra dan video muzik dilancarkan, kelmarin.
Sumber: BH Online