KUALA LUMPUR - Isteri pelakon Zamarul Hisham, Diana Rafar, selamat melahirkan anak kedua sejurus masuknya waktu solat Asar semalam.
Diana melahirkan bayi perempuan itu di Hospital Pakar DEMC, Shah Alam.
Bayi yang diberi nama Kayla Reysha Zamarul itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.4 kilogram.
"Saya bertarung nyawa kira-kira sejam. Namun, Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan," katanya kepada BH Online.
Diana yang terkenal menerusi filem Susuk berkata, sepanjang mengandungkan Kayla, beliau memang tidak ada 'mood' untuk melakukan sebarang aktiviti.
"Tapi saya banyak membaca surah Yasin dan mendengar zikir yang menyejukkan hati pada waktu malam.
"Kuasa Allah dengan kalimah suci yang saya amal dan bacakan cukup besar hingga dipermudahkan urusan bersalin," katanya.
Anak sulung pasangan ini, Kashfi Haikal kini berusia tujuh tahun.
Sumber: BH Online