BEKAS Ahli Parlimen Kapar Digantung Keahlian Daripada PKR


BEKAS  ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam telah digantung keahlian daripada PKR selama dua tahun berkuat  Jumaat semalam.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, biro politik PKR membuat keputusan tersebut berdasarkan laporan lembaga disiplin parti yang mendapati Manickavasagam yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, bertindak memfitnah pemimpin parti ketika berucap dalam satu majlis di Kapar pada April lalu.

“Manickavasagam mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk pertimbangan pimpinan,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal berita propembangkang.

Dalam pada itu, sebuah lagi portal berita propembangkang melaporkan bahawa keahlian Manickavasagam digantung kerana memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima RM300,000 hingga RM400,000 daripada seorang individu bernama OMS Thiyagarajan bagi tujuan tidak mencalonkan bekas Ahli Parlimen Kapar itu sebagai calon Parlimen kawasan itu, berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Setiausaha Agung,

Portal itu turut melaporkan Manickavasagam membuat ucapan berkenaan di sebuah kuil di Kapar pada 8 April lalu.

Sumber: Utusan