Bilik Asrama MRSM Sungai Besar Terbakar


SUNGAI BESAR - Dua almari pelajar dalam sebuah bilik asrama di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, di sini terbakar malam ini.

Tiada yang cedera dalam kebakaran jam 8.20 malam itu kerana tujuh penghuni tiada di bilik ketika kejadian.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kebakaran pada jam 8.20 malam.

Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi selain bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela Sungai Besar.

"Sebaik tiba di lokasi, pihak kami mendapati kebakaran itu membabitkan dua almari di bilik asrama tingkat satu dan api sudah dikawal pelajar dengan menggunakan alat pemadam api.

Alimaddia berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.

Sumber: BH Online