STADIUM Nasional Bukit Jalil yang tampil dengan wajah baharu, kecanggihan serta infrastruktur terkini menarik perhatian orang ramai.
Bersempena penganjuran temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 (KL2017), penampilan Stadium Nasional Bukit Jalil telah dinaik taraf dan bersedia untuk menerima kunjungan penonton.
Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 sementara Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017.
Temasya kali ini bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia dan juga Hari Malaysia.
Ia merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah sukan dwi-tahunan itu.
Astro Gempak kongsikan beberapa keping foto wajah baru Stadium Nasional Bukit Jalil dan dua venue lain yang turut tampil dengan pembaharuan iaitu Pusat Akuatik Nasional dan Axiata Arena.
Sumber: Astro Awani