MOSCOW - RUSIA. Tiga defendan terbunuh selepas mereka cuba merampas senjata api dari anggota keselamatan dalam usaha untuk melarikan diri di mahkamah di ibu negara Rusia, kelmarin.
Jawatankuasa Penyiasat dalam kenyataan memaklumkan lima anggota Grand Theft Auto Gang atau GTA itu bertindak menyerang dua ejen yang mengiringi mereka di dalam lif hingga mencetuskan insiden berbalas tembakan dengan pengawal lain di koridor bangunan terbabit.
"Dua lagi suspek dan tiga anggota keselamatan turut cedera dalam insiden itu," menurut kenyataan itu lagi.
Difahamkan, empat defendan lain yang berdepan dakwaan sama berada di bilik berasingan ketika kejadian itu berlaku.
Sumber: Sinar Harian