Cuti Umum Isnin Ini Atas Kecemerlangan Malaysia Juarai Sukan SEA KL2017




PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan cuti umum pada hari Isnin, 4 September ini sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia di atas pencapaian cemerlang kontingen negara menjuarai Sukan SEA Ke-29 di Kuala Lumpur yang berakhir semalam.

Laungan Merdeka oleh Najib dan ribuan rakyat Malaysia bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas majlis penutup temasya sukan tersebut yangdisusuli dengan  sambutan ambang merdeka sempena ulang tahun ke 60 Hari Kebangsaan 31 Ogos.

Inilah pencapaian terbaik negara sejak sukan SEA dianjurkan, adalah hadiah kepada negara dan sokongan rakyat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan, kata Najib  ketika berucap  pada di malam yang  gilang- gemilang itu.

Malaysia berjaya mengumpul 145 pingat emas, jauh melepasi 111 pingat emas yang disasarkan, sekaligus muncul juara keseluruhan pada temasya sukan dwitahunan tersebut.

"Saya bukan senang nak bagi cuti.. sebab Malaysia dah terlalu banyak cuti. Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa dan sokongan rakyat yang berbilang kaum maka bagi pihak kerajaan saya mengumumkan cuti pada hari Isnin ini." katanya disambut dengan sorakan gemuruh ribuan yang hadir bagi meraikan kejayaan dan perjuangan atlet negara.


Sementara itu Najib berkata,  kejayaan kontinjen Malaysia itu membuatkan hari kebangsaan tahun ini sangat bermakna dan telah mengubah 'mood' kepada suasana  keceriaan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau mengucapkan tahniah kepada atlet negara kerana mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang Sukan SEA dan pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan negara.

Menurut Najib lagi sambutan kemerdekaan tahun ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana pertama Malaysia merupakan tuan rumah Sukan SEA dan kedua esok merupakan kali ke-60 tahun kemerdekaan.

"Tapi bukan dua kegembiraan itu sahaja, malahan tiga iaitu apabila Malaysia dijulang sebagai juara
Tambah Perdana Menteri, prestasi mendapatkan 145 pingat itu dianggap sebagai satu kejayaan yang membanggakan apabila menguasai 35.9 peratus daripada keseluruhan 404 pingat emas yang dipertandingkan.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menjadi 'arkitek' dalam menjayakan penganjuran sukan yang menemukan ahli-ahli sukan negara serantau.-Kedahnews,com