Di Mana Wan Azizah Menghilang?


GERAKAN negeri Pulau Pinang  mempersoalkan peranan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam menangani isu kilang haram di Sungai Lembu, Penanti di sini.

Naib Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, sehingga kini pemimpin PKR itu tidak membuat sebarang kenyataan rasmi selain beliau sendiri tidak turun padang meninjau masalah rakyat di Parlimennya.

“Kita berasa sedih dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin yang menghadapi kemelut kilang haram ini bersendirian. Bukan sahaja Wan Azizah tidak nampak, ahli pemimpin PKR negeri lain pun tidak ada.

“Di mana Wan Azizah? Nampak beliau seperti lepas tangan” dakwanya dalam sidang akhbar di Pulau Pinang  hari ini. 

Dua minggu lalu,seorang Exco kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang ditahan oleh SPRM bagi siasatan berhubungan operasi kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Kilang haram itu didakwa telah berolerasi sejak lama dan mencemarkan alam sekitar hingga menjejaskan kesihatan penduduk sekitar. -Kedahnews.com