Dr. Mr Tak Mahu Letak Jawatan Pengerusi PH Walaupun Bersalah...


PENGERUSI  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang muncul pada prosiding hari kedua Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) berkata beliau tidak akan meletak jawatan Pengerusi Pakatan Harapan jika didapati 'bersalah'.

Dakwanya, RCI itu tidak akan kena mengena dengan hal politik dirinya dan memberitahu beliau hanya datang kerana teringin melihat apa berlaku.

Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kerugian BNM akibat perdagangan mata wang asing (forex) semasa menjadi Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya oleh sekumpulan wartawan sebelum pulang daripada Istana Kehakiman di Putrajaya.

Dr. Mahathir berada di galeri awam dalam kamar prosiding itu dari jam 9.05 hingga 10.45 pagi.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun belum lagi dipanggil untuk memberi keterangan kepada RCI itu.

RCI yang bersidang sebelum ini dimaklumkan bahawa Bank Negara telah alami kerugian RM31.5 billion dalam urusan forex yang dibuat semasa zaman pentabiran Dr Mahathir.

Bekas Ketua Pembangkang Lim Kit Siang pernah mendesak RCI itu ditubuhkan semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan..


Menjawab soalan desakan PAS untuk tubuh RCI Memali, Dr Mahathir memberitahu berkata beliau sedia beri keterangan bila-bila masa kerana mendakwamempunyai banyak bukti.
.
"Saya ada banyak bukti mengenai peristiwa Memali dan hanya akan diberitahu pada siasatan itu nanti.

"Saya ada banyak bukti tentang Memali ... pada masa itu saya adalah Perdana Menteri walaupun pada tempoh kejadian Tun Musa Hitam memangku tugas Perdana Menteri," kata Dr.Mahathir.-Kedahnews.com