Dua Beradik Maut Akibat DiKunci Dalam Kereta Oleh Ibu


TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Dua beradik mati kepanasan selepas kira-kira tiga jam dikunci dan dibiarkan dalam kereta oleh ibu mereka sebagai hukuman.

Menurut laporan WFAA, ibu dua kanak-kanak malang terbabit, Cynthia Marie Randolph, 25 sebelum ini menipu polis dengan mengatakan Juliet, 2 dan Cavanaugh yang baru berusia 16 bulan 'melarikan diri dan ditemui terkunci' dalam kejadian 26 Mei lalu tiu..

Bagaimanapun dalam siasatan terbaru, wanita itu kemudiannya mengaku mengunci dua anaknya itu sebagai hukuman kerana degil dan tidak mahu keluar dari kereta selepas pulang bercuti.
     
Selepas berbuat demikian, Cynthia masuk ke dalam rumah dan menghisap marijuana sebelum tidur selama dua hingga tiga jam.

Cynthia sebelum ini menghadapi dakwaan menyebabkan kematian dua anaknya.

Dakwaan mungkin diperbaharui selepas koroner mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh.

Sumber: Sinar Harian