TELUK INTAN - Dua wanita termasuk seorang remaja ditemui rentung manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Maharajalela, Batu 6 1/2, Hutan Melintang di sini awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kedua-dua mayat wanita yang berusia 15 dan 48 tahun tersebut dijumpai di bahagian ruang tamu rumah itu.
Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Hutan Melintang dengan bantuan anggota dari BPP Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.53 pagi.
"Seorang lagi mangsa warga emas mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Sumber: Kosmo