Berselendang putih yang menjadi padanan untuk blaus jalur halus dan seluar palazo yang digayakannya, biarpun ringkas namun tetap menyerlahkan kecantikan semula jadi dimiliki Fathia Latiff.
Sampaikan orang ramai yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, bagaikan tak keruan kerana begitu terpesona melihat Fathia.
Papa sempat risik-risik ke mana agaknya Fathia hendak pergi bersama seorang lagi rakan artis, Tunku Hanis. Dari informasi yang Papa dapat, mereka berdua ke Jakarta, Indonesia atas urusan kerja dan pada masa sama mengambil kesempatan untuk bercuti.
Khabarnya Fathia mahu berehat dan menenangkan fikiran selepas mengalami masalah peribadi baru-baru ini. Papa dengar Fathia stres tak jadi kahwin.
Alahai apa ada hal, orang cantik macam Fathia sekali petik berlori datang!!!
Sumber: MyMetro