Gagal Bayar Tunggakan Cukai, SPRM Digesa Siasat Malindo Air


Kegagalan syarikat penerbangan, Malindo Air membayar tunggakan cukai lapangan terbang berjumlah RM70 juta kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menimbulkan keraguan membabitkan isu korupsi.

Menurut Aktivis Masyarakat, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ia menjadi keperluan bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil membuka kertas siasatan berhubung isu itu.

Katanya, pihak berkaitan digesa siasat kaedah urus niaga Malindo Air termasuk transaksi keuntungan selain unsur pecah amanah dalam kalangan pucuk pimpinan syarikat penerbangan terbabit.

“Cukai penumpang (RM70 juta) dipungut Malindo Air mewakili pihak MAHB.

“Dalam situasi apa pun, wang berkenaan adalah hak MAHB.

“Saya mahu PDRM dan SPRM siasat ke mana pergi wang itu? ..dan siasat secara menyeluruh adakah wujudnya unsur korupsi dan pecah amanah. Rakyat berhak tahu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

1 Ogos lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui Malindo Air ada tunggakan cukai lapangan terbang berjumlah RM70 juta. 

Sumber: BNBCC