MADRID - SEPANYOL. Polis Sepanyol, kelmarin menemui 120 kanister gas di sebuah rumah yang dijadikan 'kilang membuat bom' beberapa hari selepas insiden serangan ganas yang meragut 14 nyawa di dua lokasi berasingan di negara pada minggu lalu.
Ketua polis wilayah, Josep Lluis Trapero berkata, suspek militan dipercayai menghasilkan bom untuk satu atau lebih serangan di Barcelona.
"Bagaimanapun, suspek telah meletupkan bom itu secara tidak sengaja di sebuah rumah sebelum serangan tersebut. Kesilapan itu mungkin menyebabkan mereka terpaksa mengubah rancangan asal dengan menggunakan kenderaan sebagai senjata untuk merempuh orang ramai di Las Ramblas hingga menyebabkan 13 maut," katanya. - BBC
Sumber: Sinar Harian