KERALA - INDIA. Seoang wanita di Kochi Kerala mengigit lidah jirannya sehingga putus selepas lelaki itu didakwa cuba mencabulnya, lapor Hindustan Times.
Wanita itu menfailkan aduan polis terhadap jirannya yang berumur 30 tahun itu dan berkata dia mengigit lidah ketika dia cuba memaksanya bercium.
Wanita itu turut membawa cebisan lidah berkenaan yang berukuran 2cm ke balai polis.
Polis berkata, lelaki itu akan disiasat di bawah seksyen 447(pencabulan jenayah), 354 (menyerang wanita dengan niat) dan 367 (cubaan merogol) Kanun Keseksaan India.
Lelaki itu didakwa dengan tuduhan yang sama sebelum ini dan direman selama seminggu.
Menurut wanita itu, ketika dia keluar dari rumahnya pada Isnin malam, lelaki itu melompat ke arahnya namun melarikan diri sebaik dia menyerangnya.
Selepas membuat laporan, polis mengeluarkan amaran ke semua hospital dan mendapati tertuduh sedang melakukan pembedahan di sebuah hospital swasta.
Lelaki itu memberitahu polis, dia cedera di lidah akibat kemalangan basikal namun dia ditahan sebaik selesai menjalan pembedahan.
Doktor berkata, lelaki berkenaan mengalami kecederaan serius di lidah dan pertuturannya mungkin akan bermasalah selepas ini.
Kejadian ini adalah insiden kedua berkaitan jenayah seksual dilaporkan di negeri itu dalam tempoh dua bulan.
Jun lalu, seorang pelajar undang-undang berusia 23 tahun memberitahu polis, dia memotong kemaluan seorang lelaki berusia 52 tahun selepas lelaki itu dikatakan cuba merogolnya.
Bagaimanapun, seminggu kemudian, wanita itu menarik balik dakwaan berkenaan dan berkata, polis memaksanya membuat kenyataan sedemikian.
Sumber: Sinar Harian