H1N1: 3 Lagi Kematian Direkod Di Myanmar


YANGON - MYANMAR. Myanmar mencatatkan tiga lagi kematian akibat jangkitan influenza jenis A/H1N1-2009 sejak tiga hari lepas, menjadikan angka kematian setakat semalam seramai 33 orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber media tempatan hari ini.

Lebih 300 orang disahkan dijangkiti virus berkenaan di seluruh negara sejak mula dikesan pada 21 Julai, daripada jumlah itu, 210 orang dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan.

Virus berkenana turut menyebabkan harga pasaran ayam dan itik jatuh mendadak.

Kementerian Kesihatan dan Sukan menasihatkan orang ramai supaya mengikuti garis panduan ditetapkan dan segera menjalani pemeriksaan kesihatan jika mengalami sebarang simptom.

Pada bulan lepas, Myanmar turut berdepan serangan influenza jenis H5N1 (selesema burung) menyebabkan 5,000 ekor ayam terpaksa dibunuh.- Bernama