Harga Ayam Naik RM9 Sekilogram


KUALA LUMPUR – Rata-rata pembeli ayam segar di Pasar Chow Kit dan Pudu di sini merungut ekoran kenaikan mendadak harga ayam yang dijual RM9 sekilogram di sini semalam.

Tinjauan Kosmo! di kedua-dua pasar tersebut mendapati harga ayam segar telah dinaikkan selepas musim perayaan Hari Raya Aidilfitri oleh peniaga daripada RM7.80 ke RM9 sekilogram.

Seorang suri rumah, Zareena Mustapha, 45, berkata, dia terkejut dengan harga ayam segar yang dijual pada harga RM9 sekilogram di Pasar Chow Kit.

“Saya tidak sangka harga ayam segar mencecah sehingga RM9 sekilogram namun terpaksa membelinya untuk keperluan memasak di rumah.

“Saya berharap pihak berkuasa mengambil inisiatif untuk memastikan harga ayam atau barangan basah lain dijual pada harga yang berpatutan supaya tidak membebankan rakyat di negara ini,” katanya.

Sumber: Kosmo