Harga Petrol Naik, Diesel Turun Dua Sen


SHAH ALAM - Nampaknya pengguna bakal mengeluh lagi apabila harga minyak petrol berterusan naik lagi bermula tengah malam ini.

Menerusi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan kenaikan RON95 sebanyak 3 sen dan RON97 sebanyak empat sen manakala diesel pula turun dua sen.

Harga RON95 akan menjadi RM2.15 daripada RM2.12 seliter sen dan RON97 pula menjadi RM2.43 sen daripada RM2.39 sen seliter .

Manakala harga diesel pula RM2.04 sen daripada RM2.06 sen seliter.

Sementara itu, netizen turut mengucapkan rasa 'syukur' dengan kenaikan harga minyak ini seperti penguna Facebook, Senawang Lite.

"Alhamdulillah, Malaysia masih aman, terima kasih bagi harga terbaik buat kami, ni tengah menangis masa taip komen ini sebab terlampau gembira," tulisnya.

Bagi pengguna Facebook, S Jeliaha W Abdullah pula, dia mempersoalkan adakah minyak ini tidak penat kerana asyik 'naik' sahaja.

"Bila lah agaknya minya ini nak berehat ya? asyik naik sahaja, kesian dia penat, biarlah dia rehat sekejap, turun semula ke? hehehe," tulisnya pula.

Malah ada juga netizen seperti pengguna Facebook, Khairil Ezwan yang mendoakan agar diberikan minyak percuma.

"Ya Allah SWT, kau berilah kami minyak percuma supaya semua rakyat Malaysia gembira, amin," tulisnya.

Sumber: Sinar Harian