SYARIKAT Heinz diasaskan Henry J Heinz, pada 1869. Heinz dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) pada 11 Oktober 1844 dan berhijrah di Jerman.
Heinz adalah jenama pengeluar makanan AS yang beribu pejabat di Pittsburgh, Pennsylvania.
Dia mula terlibat dalam pembungkusan makanan dalam skala yang kecil di Sharpsburg, Pennsylvania, yang mana menubuhkan Heinz Noble & Company dengan seorang rakannya, L Clarence Noble.
Produk pertamanya adalah jenama Anchor, yang diusahakan di bawah rumah milik bapanya.
Bagaimanapun, beberapa tahun kemudian, syarikat berhadapan masalah kewangan dan bankrap pada 1875.
Selang beberapa tahun, dia menubuhkan syarikat lain F & J Heinz dengan abang dan sepupunya, John Heinz dan Frederick Heinz.
Menerusi syarikat baharu itu, mereka berjaya menghasilkan kicap tomato dan mula berkembang dengan jayanya.
Pada 1888, Heinz membawa dua lagi rakan kongsinya untuk menguruskan H J Heinz Company.
Heinz meninggal dunia pada umur 74 tahun (14 Mei 1919) disebabkan oleh pneumonia.
Ketika kematiannya, Heinz memiliki lebih 20 kilang pengeluaran makanan, ladang benih dan kilang bekas.
Sehingga kini, syarikat itu mengeluarkan ribuan produk makanan di enam benua dan memasarkan kesemua produknya di lebih 200 negara.
Produk pertamanya, kicap tomato mendapat tempat pertama di AS dengan penguasaan pasaran melebihi 50 peratus.
Pada 14 Februari 2013, Heinz bersetuju untuk dibeli oleh Berkshire Hathaway dan 3G Capital dengan nilai AS$23 bilion.
Pada 25 Mac 2015, Kraft mengumumkan penggabungan dengan Heinz yang diaturkan oleh Berkshire Hathaway dan 3G Capital.
Hasil penggabungan itu, Kraft Heinz menjadi syarikat pengeluar makanan kelima terbesar di dunia dan Berkshire Hathaway menjadi pemilik majoriti Heinz pada 18 Jun 2015.
Dengan penggabungan dua syarikat besar itu, kini terdapat 24 jenama di bawah Kraft Heinz, dengan jualan purata tahunan pada 2016 sebanyak AS$26.5 bilion.
Sumber: Sinar Online