Menjelang Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 di ibu negara, jaguh Paralimpik, Mohamad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling istimewa setelah isterinya Zafirah Mohd. Nasir melahirkan bayi perempuan seberat 3.4 kilogram pada pukul 1.37 petang di Hospital An-Nur, Bangi, Selangor baru-baru ini.
Khabar gembira itu dikongsi oleh Ziyad menerusi akaun Facebook milik Majlis Sukan Negara (MSN).
Kehadiran ahli keluarga baharu itu bakal memberi suntikan semangat kepada pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 itu yang akan beraksi dalam Sukan SEA 2017 dan kemudian Sukan Para ASEAN bulan ini.
Kehadiran ahli keluarga baharu itu bakal memberi suntikan semangat kepada pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 itu yang akan beraksi dalam Sukan SEA 2017 dan kemudian Sukan Para ASEAN bulan ini.
Ziyad yang bakal membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA, melakar sejarah memenangi pingat emas dan memecahkan rekod dunia miliknya dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, baru-baru ini.
Sumber: Utusan Online