Jari Bengkak Cincin Tersekat


BINTULU - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila jari manis kanannya membengkak selepas cincin perak yang dipakainya tidak dapat dikeluarkan.

Ismandie Sahari, 40, mendapatkan rawatan di Hospital Bintulu sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu dihubungi bagi membantu.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata tiga anggota dihantar ke hospital itu dan tiba pad ajam 12.24 tengah malam bagi membantu memotong cincin berkenaan.

"Kami menggunakan 'ring cutter' untuk operasi itu," katanya di sini, hari ini.

Katanya, cincin itu dapat dipotong dalam tempoh 23 minit.

Sumber: BH Online