JPJ Perlis Kutip RM12.2 Juta Dengan Plat RR


ARAU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menunggu selama 42 tahun untuk mencatatkan kutipan tertinggi berjumlah RM12.2 juta menerusi penjualan siri nombor plat RR.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Mohd. Tarmizi Ghazali berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM2.6 juta telah dikutip dari nombor RR2 hingga RR10.

Beliau berkata, bidaan untuk plat RR telah dibuka mulai 5 hingga 19 Jun lalu.

“Kita tidak menjangka sambutan hebat untuk plat RR sejak JPJ Perlis mempunyai pejabatnya sendiri di Perlis pada tahun 1975,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Mohd Tarmizi berkata, hanya 2,253 sahaja yang berjaya daripada 7,969 yang membuat bidaan untuk plat RR.

Beliau berkata, bagi nombor biasa (running) juga mendapat sambutan luar biasa apabila mencatatkan 440 pembeli sehari menerusi portal JPJ dan pejabat JPJ di seluruh negara.

Bagaimanpun katanya nombor biasa ini hanya menggenakan bayaran sebanyak RM210 sahaja berbanding dengan nombor yang dibida lebih tinggi harganya.

Sumber: Utusan Online