Kahwin Di Siam: Penggubal Undang-Undang Diminta Cari Kaedah Atasi Anak Tiada Kerakyatan


ALOR SETAR - Denda RM3,000 tetap menanti  rakyat negeri Kedah yang memilih untuk  berkahwin tanpa berdaftar dengan Jabatan Agama  akibat 'penggilan kasih' daripada wanita seberang sempadan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Rawi Abdul Hamid berkata, walaupun denda yang tinggi dikenakan, masalah perkahwinan rentas sempadan tanpa daftar itu tidak akan selesai.

Namun begitu, kata beliau, jabatan sedia menimbang denda minimum RM300 atau RM400 kepada pasangan yang telah lama berkahwin dan mempunyai tanggungan ramai.

 " Kita tidak ada kaedah khusus untuk membuat pemutihan bagi perkahwinan rentas sempadan yang menyebabkan anak-anak pasangan itu tidak mempunyai taraf  kewarnegaraan sekaligus sukar untuk mendapatkan kad pengenalan dan mendaftar masuk sekolah kerajaan, " kata di sidang Dewan Negeri di sini hari ini.

Serentak dengan itu, Rawi berharap Peguam Negara, badan kehakiman, penggubal undang-undang dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dapat  mencari kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah berkaitan.

Rawi menjawab pertanyaan tambahan Datuk Zaini Japar (BN-Bukit Kayu Hitam) yang mahu kerajaan mencari kaedah yang berkesan bagi  membantu anak-anak hasil  perkahwin tanpa pengtahuan Jabatan Agama Islam negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memberitahu sekolah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) menerima peruntukan RM3.4 juta pada 2016 berbanding RM3.3 juta pada 2015.

Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan SRJK dan SJKT  dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak negeri in, katanya menjawab soalan Chua Thiong Gee (BN- Kulim).

Beliau juga memberitahu, selain peruntukan itu, kerajaan negeri menerusi pejabat Menteri Besar turut memberikan bantuan 'one off' berjumlah  RM50,000 kepada tiga buah SRJC di sini baru-baru. - Kedahnews.com