Kuala Lumpur - Sanggup bergelut dan mengamuk semata-mata mahu mengelak dari diberkas anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Itu antara tindakan ganas beberapa ‘kaki nombor ekor’ beragama Islam yang cuba ditahan dalam operasi kkhas diadakan JAWI di beberapa premis menjual nombor ramalam di Bangsar di sini, kelmarin.
Dalam serbuan bermula jam 3 petang itu, seorang [kaki ekor’ yang juga penganggur berusia 50-an cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.
Dia antara 18 individu beragama Islam ditahan JAWI dalam serbuan di tiga premis berasingan kerana membeli nombor ramalan dan berjudi.
Ketua Penguatkuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, lokasi itu sering menjadi tumpuan [kaki judi’ beragama Islam untuk membeli nombor ramalan.
“Semua mereka akan ditahan selama 24 jam dan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Kesalahan Jenayah Syariah kerana berjudi atau berada di premis judi.
“Risikan mendapati semua premis yang diserbu menjadi lokasi tumpuan kaki nombor ekor beragama Islam,” katanya.
Wan Jaapar berkata, mereka yang ditahan dibawa balik ke ibu pejabat JAWI untuk proses soal siasat dan dokumentasi sebelum dituduh di mahkamah syariah.
“JAWI akan mengadakan operasi secara berterusan bagi membanteras kegiatan itu kerana menjadi satu kesalahan individu Islam untuk bertaruh atau membeli nombor ekor.
“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.
Sumber: Metro