Kaki Remaja Dimakan Ikan Kecil Misteri


SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang remaja dari Australia diserang oleh ikan pemakan daging yang spesiesnya  belum dikenal pasti di pantai di Melbourne.

Laporan agensi Xinhua menyebut ketika kejadian, Sam Kanizay, 16 merendamkan kakinya di pinggir pantai selepas bermain bola sepak.

Sam kemudian menyedari kakinya digigit beberapa ikan kecil misteri yang masih ada pada kakinya walaupun dia sudah berada di atas darat.

Bapa Sam, Jarrod mengatakan ikan-ikan tersebut memakan kulit anaknya dan menyebabkan pendarahan berterusan.

"(Di hospital) mereka lap luka saya namun darah tetap keluar. Atas lantai macam ada kolam darah," kata Sam.

Remaja itu berkata, pihak marin dan perubatan gagal mengenal pasti ikan yang menyerangnya.

Polis kini sedang menyiasat kes tersebut.

Sumber: Sinar Harian